Mesyuarat Verifikasi Data SMPP/EMIS peringkat Negeri Johor adalah merupakan aktiviti yang dijalankan oleh Sektor ICT bagi mengesan ralat yang terdapat pada data yang dibekalkan oleh pihak sekolah. Seramai 9 pegawai maklumat daerah dan 10 Jurulatih Utama telah menghadiri mesyuarat bagi menyemak data menggunakan aplikasi Utiliti Emis, Beza Emis dan Audit Subjek.
Mesyuarat di pengerusikan oleh En. Mohd Fadzli bin Ripin, Pegawai Maklumat Negeri. Sementara itu, Pegawai Maklumat, En. Shamsul Kamar Bin Abd. Wahab mewakili daerah Segamat dan dibantu oleh Jurulatih Utama Daerah iaitu En. Zanizam Bin Rosli dari SK Segamat Baru dan En. Zainuddin Bin Othman dari SK Gelang Chinchin. Dari pada penyemakan yang dibuat, didapati kesalahan atau ralat pada data telah menunjukkan pengurangan yang amat ketara. Mesyuarat tersebut telah diadakan seperti butiran di bawah:
Tarikh : 10 November 2008 hingga 12 November 2008
Tempat : Hotel Selesa, Pasir Gudang.
Sasaran : Pegawai Maklumat dan Jurulatih Utama setiap daerah.
Gambar sekitar mesyuarat :

Wakil daerah Segamat


Unit Pengurusan Maklumat PPD Segamat telah mengeluarkan surat mengenai perkara di atas. Sehubungan itu semua guru data adalah diminta untuk mematuhi tarikh dan masa yang ditetapkan. Sekiranya tidak dapat menghantar seperti tarikh yang ditetapkan sila hubungi Pegawai Maklumat PPD Segamat.
Tarikh Kutipan : 04, 05 dan 06 November 2008
Tempat : Bilik Seminar dan Bilik Al-Jazari
Masa : 02.00 ptg hingga 05.00 ptg
Semua Jurulatih Utama juga diminta hadir bagi setiap sesi mesyuarat mengikut masa yang ditetapkan.
Unit Pengurusan Maklumat dan ICT PPD Segamat ingin memaklumkan bahawa Laman Web Pengurusan SMPP-EMIS PPD Segamat di url http://emis.pelajaran.info telah ditutup sementara waktu bagi penyenggaraan server. Sehubungan itu segala informasi terkini akan dimuatkan di blog ini. Bagi kutipan berakhir 31 Oktober 2008, kutipan akan dilakukan seperti biasa pada minggu kedua bulan November iaitu antara 03 - 06 November 2008. Tarikh sebenar akah diberitahu selepas Mesyuarat Pelarasan SMPP-EMIS JPN pada 30 dan 31 Oktober nanti.
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua guru dan pelajar yang beragama Hindu. Semoga Pesta Cahaya Deepavali bagi tahun 2008 membawa kegembiraan seisi keluarga. Selamat Hari Deepavali.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam perpaduan kepada semua tidak kira dimana anda berada. Selamat menyambut Hari Lebaran yang bakal tiba disamping keluarga tercinta.
Saya ingin mengambil kesempatan sempena hari raya yang bakal menjelang ini untuk menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya sepanjang saya mengendalikan laman blog emis serta laman web emis.pelajaran.info terdapat sebarang tulisan yang menyinggung perasaan mana-mana pihak samada daripada pihak pentadbiran sekolah, guru data ataupun guru-guru dan staf sokongan di semua sekolah samada di daerah Segamat mahupun di Negeri Johor.
Kesempatan ini juga saya ingin memohon kemaafan kepada semua guru data di daerah Segamat terutamanya yang beragama Islam sekiranya sepanjang saya menjadi Pegawai Khas Maklumat yang menguruskan SMPP-EMIS ini terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan di pihak saya.
Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri.