Muka Depan

Piagam Pelanggan

  • PDF
  • Cetak
  • E-mail

KAMI DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH SEGAMAT BERJANJI AKAN:

  1. Memastikan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan baru dimulakan.

  2. Menempatkan guru-guru ke sekolah-sekolah tidak lewat dari tiga (3) minggu setelah menerima senarai guru maktab dan universiti dari Kementerian Pelajaran. Semua permohonan pertukaran dalam musim akan diproses mengikut takwim kerja dan permohonan di luar musim akan diuruskan dalam masa satu (1) minggu dari tarikh penerimaan borang.

  3. Memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru secukupnya mengikut keperluan sekolah. Semua permohonan diproses oleh JPN di dalam tempoh dua (2) minggu hingga satu (1) bulan dari tarikh borang diterima.

  4. Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi perlantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan.

  5. Memastikan kekosongan jawatan pengetua / guru besar / guru penolong kanan diisi dalam tempoh satu (1) bulan selepas berlaku kekosongan.

  6. Memastikan tuntutan dari guru dan bukan guru diproses dalam masa dua (2) minggu dari tarikh diterima.

  7. Memastikan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran.

  8. Memastikan Pejabat Pelajaran Daerah Segamat sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dan sentiasa memberi layanan dari perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh lima (5) minit. Segala surat aduan dan rayuan kepada dan menerusi Pejabat Pelajaran Daerah Segamat dan sekolah-sekolah diberi jawapan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh diterima.

  9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

 

Banner
Ulti Clocks content
Laman Popular Daerah Segamat Laman Popular

Di talian sekarang

Kami ada 1 pelawat online

Statistik Pengguna

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini2
mod_vvisit_counterSemalam3
mod_vvisit_counterMinggu ini5
mod_vvisit_counterMinggu lalu49
mod_vvisit_counterBulan ini42
mod_vvisit_counterBulan lalu200
mod_vvisit_counterSehingga kini123589

IP anda: 38.107.191.86
,
Hari ini: 07 Sep, 2010