SAMBUTAN Hari Guru tahun ini seperti lazimnya, tidak kurang hebatnya. Saya berpeluang untuk turut serta dalam sambutan tahun ini yang diadakan dengan jayanya di Kuantan, Pahang menerusi pameran sekolah bestari.
SERAMAI 88 pelajar sekolah menengah, guru dan pengetua dari lapan buah sekolah menyertai Toyota Eco Youth (TEY) 2010 – Battle of the Eco Champions anjuran UMW Toyota Motor sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-10 tahun ini.
Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Segamat Kali Ke-39 2010 telah diadakan di Dewan SMK Agama Segamat pada 27 Mei 2010. Majlis yang bermula jam 2.00 petang ini dirasmikan oleh YB Datuk Haji Baharum bin Mohamed, Ahli Parlimen Sekijang.
KUALA LUMPUR 21 Mac - Kabinet bersetuju masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) ditambah di sekolah rendah dan menengah selaras dasar memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan.
Mohamad Noranis bin Isa dari SMK Dato Bentara Dalam Segamat dan Khoo Hui Miao dari SMK Bekok telah dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati dalam Kejohanan Olahraga MSSD Segamat Kali Ke-39 2010 yang telah berlangsung di Padang SMK Seri Kenangan, Batu Anam dari 23 hingga 26 Mac 2010. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Yasiran bin Maskom, Pegawai Pelajaran Daerah Segamat.
Kabinet setuju usaha selaras pelaksanaan MBMMBI mulai tahun depan
KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) ditambah di sekolah rendah dan menengah selaras dasar memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan.
Hanya 2,000 tempat untuk lulusan SPM ditawar ke IPG tahun ini
PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan memperketatkan syarat kemasukan bagi lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk pengambilan Jun 2010.
JOHOR BAHRU: Sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dipinda daripada 8 April kepada 22 November.
Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Hari Hol Almarhum turut dipinda daripada 19 Jun 2010 kepada 11 Jan 2011.
Sultan Ibrahim yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor kelima pada 23 Januari lalu, iaitu sehari selepas kemangkatan ayahanda baginda, telah berkenan terhadap pindaan tarikh itu. - Bernama
"Kalau minta 200 ribu pun saya bagi (luluskan), tapi (pengetua kanan) dah minta 20 ribu, saya terima juga." Ujar Encik Ayob Rahmat (Pengerusi Belia Daerah Segamat) ketika berucap merasmikan Kejohanan Balapan & Padang SMK Tinggi Segamat Ke-77 semalam. Beliau yang sebelumnya menyampaikan rasa gembira kerana keputusan SPM 2009 daerah Segamat berada di tempat ketiga dalam Johor. Beliau juga sempat menyampaikan ucapan tahniah buat pasukan perbarisan yang terlibat khususnya pasukan Puteri Islam.
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan pada 11 Mac ini.
muka 1 dari 8






![]() | Today | 12 |
![]() | Yesterday | 312 |
![]() | This week | 324 |
![]() | Last week | 1652 |
![]() | This month | 1501 |
![]() | Last month | 6169 |
![]() | All days | 28607 |