Memilih Detik Yang Sesuai

Membiarkan suasana matahari terbenam tanpa dirakam atas sebab ingin memilih detik yang sesuai bukanlah langkah yang bijak kerana matahari tidak memberikan apa-apa tanda atau petunjuk untuk itu. Rakamlah sekerap mungkin kerana setiap rakaman itu boleh digunakan kemudian hari dan yang lebih penting, anda mempunyai cukup foto ketika sesi pemilihan kelak.
Kedua-dua foto ini dirakam dari lokasi yang sama, dari atas jejantas yang terletak antara dua lokasi persimpangan berlampu isyarat. Secara tidak langsung, kewujudan lampu isyarat itu telah membantu dalam pengisian cerita bagi kedua-dua foto ini.
Foto tanpa kenderaan memberikan penceritaan bahawa jalan raya ini akan lengang ketika senja manakala foto dengan kenderaan memberi makluman bahawa laluan ini sentiasa sibuk dengan kenderaan walau pun ketika senja.
Spesifikasi Foto :
[ Olympus E-520 | f5.6 | 1/80 | -0.7 E.V | 42 mm | ISO 400 | 16x9 (HD) | sRGB ]
Perisian [ Apple Aperture 2.1 | Color Efek Pro 3.0 ]
Surau R&R PLUS

Lokasi [ Lebuhraya PLUS, Perak | 03:23 Petang ]
Spesifikasi Foto [ Canon EOS 300D | f4.5 | 1/60 | -0.0 E.V | 18 mm | ISO 200 | 4:3 | sRGB ]
Perisian [ Apple Aperture 2.1 | Color Efek Pro ]
Rakan Fauna

Lokasi [ Kompleks Makam Mahsuri, Langkawi, Kedah | 11:09 Pagi ]
Spesifikasi Foto [ Canon EOS 300D | f4 | 1/60 | -0.0 E.V | 27 mm | ISO 200 | 4:3 | sRGB ]
Perisian [ Apple Aperture 2.1 | Color Efek Pro ]
Subjek Yang Sering Dilupakan

Seperti yang diperkatakan dalam artikel sebelumnya subjek yang menarik berada di sekeliling kita. Terpulanglah kepada kita untuk memilih yang mana paling sesuai untuk anda. Malangnya ada subjek yang tidak kurang pentingnya dalam masyarakat, tetapi sering dipinggirkan atas alasan kurang standard atau tidak cantik.
Ambil contoh daripada foto-foto tertera di atas. Bagi sesetengah antara kita, subjek ini mengotorkan dan tidak menarik untuk dirakam. Tetapi bagi sesetengah yang lain berpendapat ia boleh menjadi suatu subjek yang berkesan terhadap pemikiran manusia. Kumpulan pembersihan pembandaran ini paling penting sebenarnya dalam proses kehidupan seharian. Fikirkan, tanpa mereka, apa akan jadi kepada keindahan alam sekitar kita. Berapa ramai antara kita yang sanggup mengutip bungkusan yang kita sendiri buang? Siapa pula yang sanggup membersihkan kekotoran yang kita buat?
Pekerjaan pembersihan bandaran ini bukanlah kerja kotor, sebaliknya pekerjaan menguruskan yang mampu menghasilkan sumber pendapatan yang halal dan menguntungkan. Andai anda bercita-cita menjadi wartawan foto, subjek sebegini perlu dikerapkan pengambilannya kerana ia akan membantu kemahiran (skill) fotografi anda.
Mendung Pun Bertamu

Lokasi [ Taman Yayasan, Segamat, Johor | 07:12 Pagi ]
Spesifikasi Foto [ Olympus E-520 | f8 | 1/400 | -0.7 E.V | 150mm | ISO 100 | 4:3 | sRGB ]
Perisian [ Apple Aperture 2.1 | Color Efek Pro 3.0 ]
Indahnya Alam

Lokasi [ Perairan Kuah, Langkawi, Kedah | 08:40 Petang ]
Spesifikasi Foto [ Canon EOS 300D | f9 | 1/125 | -0.0 E.V | 31 mm | ISO 100 | 4:3 | sRGB ]
Perisian [ Apple Aperture 2.1 | Color Efek Pro ]
Bunga Lalang

Lokasi [ Kg. Bukit Tunggal, Jementah, Johor | 06:18 Petang ]
Spesifikasi Foto [ Olympus E520 | f8 | 1/400 | -0.7 E.V | 150mm | ISO 100 | 4:3 | sRGB ]
Perisian [ Apple Aperture 2.1 | Silver Efek Pro ]
Memproses Imej Digital
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Percayalah bahawa kesemua foto bersaiz kecil di atas telah diproses menggunakan satu perisian dan setiap satu daripadanya hanya memerlukan kurang dari satu minit untuk dihasilkan. Foto asal (foto besar) telah dirakam oleh seorang rakan sealiran yang menjadikan bidang ini sebagai hobi selepas bersara wajib. Tuan Hj. Esa bin Md. Yunos adalah seorang jurufoto amatur yang menggunakan kamera Nikon D80 telah membenarkan fotonya dimuatturun dari laman ‘flickr’nya untuk diproses menggunakan teknik ‘HDR’. Memandangkan fotonya mempunyai subjek yang menarik, rasanya lebih baik ia diproses menggunakan teknik yang berbagai.
Hati-hati…

Lokasi [ Jeti Kuala Perlis, Perlis | 04:31 Petang ]
Spesifikasi Foto [ Canon EOS 300D | f5 | 1/400 | -0.0 E.V | 18 mm | ISO 400 | 4:3 | sRGB ]
Perisian [ Apple Aperture 2.1 | Silver Efek Pro ]
Taukeh Tidak Cuti!

Lokasi : [ Jalan Aji, Segamat, Johor ] Waktu : [ 08:32 Pagi ]
Spesifikasi Foto : [ Olympus E-520 | f6.3 | 1/200 | -0.0 E.V | 137 mm | ISO 400 | 4:3 | Adobe RGB ]
Perisian [ Apple Aperture 2.1 | Color Efek Pro 3.0 ]

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)