Unit Pengurusan Akademik PPD Segamat mengucapkan tahniah kepada seluruh warga pendidikan daerah Segamat kerana telah membuktikan kecemerlangan prestasi UPSR 2008. Pencapaian tersebut adalah hasil usaha semua pihak. Komitmen terhadap tugas yang diamanahkan telah membuahkan hasilnya. Daerah Segamat telah mencapai peratus menguasai sebanyak 66.69% (66.15% tahun 2007); peratus cemerlang sebanyak 9.12% (7.91% tahun 2007) dan GPS 2.20 (2.22 tahun 2007). Pencapaian mengikut jenis sekolah :-
SK (%menguasai 70.66%; Perfect A 9.97%; GPS 2.21); SJKC (%menguasai 61.58%; Perfect A 8.41%; GPS 2.18) manakala SJKT (%menguasai 55.13; Perfect A 4.27%; GPS 2.24).
Pencapaian mata pelajaran pula, BM Pemahaman SK 95.49%(1.79); BM Penulisan SK 90.5%(1.68); B Inggeris SK 75.93%(2.69); Matematik 90.73%(2.08); Sains 91.59%(2.20); BM Pemahaman SJK 75.37%(2.55); BM Penulisan SJK 75.86%(2.55); B Inggeris SJK 71.33%(2.74); B Cina Pemahaman 90.88%(2.10); B Cina Penulisan 91.52%(2.12); B Tamil Pemahaman 98.72%1.50) dan B Tamil Penulisan 83.33%(2.20).
Daerah Segamat telah dianugerahkan Sijil Peningkatan Prestasi UPSR peringkat negeri Johor dan Sijil Anugerah Khas Pencapaian UPSR 2008 peringkat negeri Johor. Tahniah kepada SEMUA!!!
Tahniah juga kepada sekolah yang berjaya mencapai ETR!!! Bagi sekolah yang belum mencapai ETR, teruskan usaha anda. KITA mampu merubahnya…
Cuti persekolahan menjelang tiba, Unit Pengurusan Akademik PPD Segamat mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh warga sekolah di daerah ini khasnya dan seluruh Malaysia amnya. Semoga anda dapat merancang cuti anda sebaik mungkin. Jaga keselamatan diri anda dan keluarga dan rancang program kecemerlangan menjelang 2009. Kita mampu merubahnya!!! Untuk membawa daerah Segamat ketahap yang paling gemilang!!!
Seluruh warga pendidikan daerah Segamat amnya dan Unit Pengurusan Akademik daerah Segamat khasnya mengucapkan selamat menempuh peperiksaan SPM dan STPM kepada calon-calon berkenaan. Didoakan agar kalian tenang dan dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan lancar dan betul/tepat, seterusnya memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Semoga kejayaan cemerlang kalian akan meletakkan daerah Segamat kemercu kejayaan yang paling gemilang…
Seluruh warga Unit Pengurusan Akademik PPD Segamat mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan Fardhu Haji 2008 kepada En Anuar B Hashim, En Hamzah B Majid dan rakan-rakan guru/staf daerah Segamat khasnya dan negara Malaysia amnya. Semoga sentiasa sihat dan dapat mengerjakan segalanya dengan sempurna dan memperolehi haji yang mabrur…Labbaikallah hummalabbaik…
Tarikh : 20 Oktober 2008
Tempat : Bilik Muzik, SMK Bandar Putra
SESI 1
- Masa : 10.00 pagi
- Peserta : Semua Pengetua dan Guru Besar
SESI 2
- Masa : 2.30 petang
- Peserta : Semua Guru Data (Sila bawa Komputer Riba bercas)
Untuk makluman tuan, surat daripada JPNJ berkaitan perkara tersebut adalah dirujuk. Taklimat mengenai pelaksanaannya akan diadakan kelak. Sila tunggu arahan berikutnya. Terima kasih atas kerjasama tuan.
Unit Pengurusan Akademik mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga pendidikan daerah Segamat khasnya dan semua warga pendidikan Malaysia amnya, maaf zahir dan batin. Semoga terus cemerlang…
Kursus tersebut akan diadakan pada 24 September 2008 mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Bilik Mesyuarat Al Jazari, Pejabat Pelajaran Daerah Segamat.
Kursus Headcount dan Post Mortem Kepimpinan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Daerah Segamat Kursus tersebut akan diadakan pada 23 September 2008 mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Bilik Mesyuarat Al Jazari, Pejabat Pelajaran Daerah Segamat.