Muka DepanDari Meja PPDDari Pejabat Timbalan PPD

Majlis khatam Quran dan Berbuka Puasa PPD Segamat

  • PDF
  • Cetak
  • E-mail

Majlis Khatam Quran dan Berbuka Puasa anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Segamat akan diadakan pada 29 Ogos 2010 mulai jam 6.00 petang. Ahli Keluarga warga Pejabat Pelajaran Daerah Segamat dijemput hadir.

Agenda Majlis :

6.00 petang   : Kehadiran jemputan

: Majlis Khatam Quran di Bilik Mesyuarat Al-Jazari PPD Segamat

7.17 malam    : Majlis Berbuka Puasa

: Solat Maghrib - Masjid India

: Jamuan Makan

: Bersurai

Majlis ringkas ini adalah anjuran Kelab Kebajikan,Sukan dan Riadah PPD Segamat dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam, PPD Segamat.

Sekian untuk makluman.

 

Mesyuarat Pengurusan Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Segamat

  • PDF
  • Cetak
  • E-mail

Pengetua / Guru Besar

Sekolah-Sekolah Daerah Segamat

Salam Sejahtera,

Pejabat Pelajaran Daerah Segamat akan mengadakan mesyuarat pengurusan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh        : 26 Ogos 2010

Tempat     : Bilik Seminar SMK Agama Segamat

Masa         : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pengerusi  : En Yasiran bin Maskom

Pegawai Pelajaran Daerah Segamat

Kehadiran adalah wajib.

Sekian terima kasih.

 

Waktu Persekolahan Bulan Ramadhan 1431H

  • PDF
  • Cetak
  • E-mail

Kepada semua Pengetua dan Guru Besar,

Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah

Daerah Segamat

KPM telah membuat keputusan membenarkan sekolah-sekolah di sesi petang yang mempunyai murid dan guru beragama Islam menamatkan sesi persekolahan seawal 5.30 petang bagi Semenanjung, sepanjang bulan Ramadhan iaitu antara tempoh 11 Ogos hingga 9 September 2010.

Sila rujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8A/1976,Waktu Sekolah Dalam Bulan Puasa bertarikh 20 Ogos 1976 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1982,Waktu Sekolah Dalam Bulan Puasa bertarikh 15 Jun 1982 untuk penjelasan lebih lanjut.

Sekian untuk makluman dan tindakan.

 

 

Ucapan Terima Kasih

  • PDF
  • Cetak
  • E-mail

Kepada semua Pengetua, Guru Besar, staf guru dan staf sokongan,

Pejabat Pelajaran Daerah Segamat, PKG Daerah Segamat, Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Segamat,.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kerana kerjasama dan sokongan yang telah diberi dalam menjayakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009 di SMK Bandar Putra Segamat pada 9 Ogos 2010. Sesungguhnya sumbangan dan komitmen tuan/puan berikan telah dapat menjayakan majlis dengan lancar dan sempurna. Semoga pada majlis-majlis masa akan datang, kesungguhan bekerjasama seperti ini  dapat diteruskan lagi dengan lebih cemerlang.

Sekian terima kasih dan tahniah.

 

 

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009 Daerah Segamat

  • PDF
  • Cetak
  • E-mail

Salam Sejahtera,

Makluman kepada warga pendidik daerah Segamat.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009 akan diadakan menurut seperti berikut:-

Tarikh   : 9 Ogos 2010

Tempat : Dewan SMK Bandar Putra Segamat

Masa     : 2.00 petang

Perasmi : YB Ayub Bin Rahmat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Kawasan Kemelah

Tahniah kepada penerima-penerima APC Tahun 2009. Semoga tuan/puan teruskan kecemerlangan dalam dunia pendidikan.

Terima kasih.

 

muka 1 dari 6

Ulti Clocks content